THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
*/ /* Use this with templates/template-twocol.html */ body { background:$bgcolor; background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Chic%20Pink/Background.jpg);background-repeat:repeat-xy; margin:0; color:$textcolor; font:x-small Georgia Serif; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; text-align: center; } a:link { color:$linkcolor; text-decoration:none; } a:visited { color:$visitedlinkcolor; text-decoration:none; } a:hover { color:$titlecolor; text-decoration:underline; } a img { border-width:0; } /* Header ----------------------------------------------- */ #header-wrapper { background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Chic%20Pink/black.jpg);background-repeat:repeat-xy; width:860px; margin:30px auto 30px; border:4px solid $bordercolor; } #header-inner { background-position: center; margin-left: auto; margin-right: auto; } #header { background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Fruit%20Loops/white.jpg);background-repeat:repeat-xy; margin: 35px; border: 6px solid $bordercolor; text-align: center; color:$pagetitlecolor; } #header h1 { margin:15px 5px 0; padding:15px 20px .25em; line-height:1.2em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; font: $pagetitlefont; } #header a { color:$pagetitlecolor; text-decoration:none; } #header a:hover { color:$pagetitlecolor; } #header .description { margin:0 5px 5px; padding:0 20px 15px; max-width:700px; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; line-height: 1.4em; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } #header img { margin-left: auto; margin-right: auto; } /* Outer-Wrapper ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper {background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/GreenaDots/main-1.jpg);background-repeat:repeat; width: 920px; margin:0 auto; padding:10px; text-align:Left; font: $bodyfont; border:5px solid $bordercolor; } #main-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 500px; margin-right: 10px; float: right; border:px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 190px; margin-right: 0px; float: left; border-right:2px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #newsidebar-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 190px; margin-left: 0px; float: right; border-left:2px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } /* Headings ----------------------------------------------- */ h2 { margin:1.5em 0 .75em; font:$headerfont; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; color:$sidebarcolor; } /* Posts ----------------------------------------------- */ h2.date-header { margin:1.5em 0 .5em; } .post { margin:.5em 1.5em 1.5em; border-bottom:1px dotted $bordercolor; padding-bottom:1.5em; } .post h3 { margin:.25em 0 0; padding:0 0 4px; font-size:140%; font-weight:normal; line-height:1.4em; color:$titlecolor; } .post h3 a, .post h3 a:visited, .post h3 strong { display:block; text-decoration:none; color:$titlecolor; font-weight:normal; } .post h3 strong, .post h3 a:hover { color:$textcolor; } .post p { margin:0 0 .75em; line-height:1.6em; } .post-footer { margin: .75em 0; color:$sidebarcolor; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: $postfooterfont; line-height: 1.4em; } .comment-link { margin-left:.6em; } .post img { padding:0px; border:1px solid $bordercolor; } .post blockquote { margin:1em 20px; } .post blockquote p { margin:.75em 0; } /* Comments ----------------------------------------------- */ #comments h4 { margin:1em 0; font-weight: bold; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; color: $sidebarcolor; } #comments-block { margin:1em 0 1.5em; line-height:1.6em; } #comments-block .comment-author { margin:.5em 0; } #comments-block .comment-body { margin:.25em 0 0; } #comments-block .comment-footer { margin:-.25em 0 2em; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; } #comments-block .comment-body p { margin:0 0 .75em; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } #blog-pager-newer-link { float: left; } #blog-pager-older-link { float: right; } #blog-pager { text-align: center; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; } /* Sidebar Content ----------------------------------------------- */ .sidebar { color: $sidebartextcolor; line-height: 1.5em; } .sidebar ul { list-style:none; margin:0 0 0; padding:0 0 0; } .sidebar li { margin:0; padding:0 0 .25em 15px; text-indent:-15px; line-height:1.5em; } .sidebar .widget, .main .widget { border-bottom:1px dotted $bordercolor; margin:2.5em .5em 1.5em; padding:0 0 1.5em; } .main .Blog { border-bottom-width: 0; } /* Profile ----------------------------------------------- */ .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 4px; border: 1px solid $bordercolor; } .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: $postfooterfont; color: $sidebarcolor; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: $postfooterfont; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #header { margin-left: 0px; margin-right: 0px; } body#layout #outer-wrapper, body#layout #header-wrapper, body#layout #footer { width: 750px; padding: 0px; } body#layout #main-wrapper { width: 400px; margin-left: 20px; } body#layout #sidebar-wrapper, body#layout #newsidebar-wrapper { width: 150px; } .bloggerPyBar { background-color:#ffffff; color:#000000; font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size:15px; text-align:left; font-weigth:bold; padding:2px 2px 2px 6px;} .bloggerPyBar a {color:#114477;} .pylogo {float:right;padding-right:9px;} ]]> CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 14, 2009

TESTIMONI YANG SANGAT BERJAYA..HASIL BAJA BIOST

Assalamualaikum,




Sekiranya diberi peluang untuk memberi fakta tentang keberkesanan produk REPELLA keluaran BIOST ini , inilah testimoni yang akan saya berikan.



Sehingga Ogos2009 yang lepas lengkaplah setahun eksperimen penggunaan Repella oleh pihak saya terhadap tanaman di halaman rumah. Setelah hampir 3 bulan juga cubaan terhadap pokok tebu di ladang ekperimentasi yang terletak di Jenderam telah digunakan. Hasil penemuan saya dapat dilihat pada gambar yang dikepilkan. Daunnya menjadi lebih gelap dan hijau, kadar pendebungaan yang lebih baik justeru menghasilkan buah yang lebih banyak, sayuran(maaf tiada gambar) yang lebih segar dan besar daunnya(ujian dibuat ke atas kailan,parkchoy,bayam merah, bayam hijau dan kangkung). Serangan serangga perosak minimum sama skali tetapi aplikasi semburan atas dan bawah daun mesti dilakukan setiap 2 hari sekali. Cukup saya katakana saya amat berpuashati keberkesanannya dari segi menangkis serangan serangga perosak seperti kutu afid(bewarna putih) dan lalat buah disamping fungsinya sebagai baja menguatkan lagi sistem pertahanan badan pokok. Namun begitu ia gagal untuk menyekat serangan siput halus, pythium(cili),ulat gonggok serta penyakit bawaan tanah seperti kulat dan sebagainya. Pernah saya gunakan Repella ini ketika fertigasi cili kulai/mc-11 dan melon wangi di belakang rumah namun ia tidak mampu untuk memberi kekuatan melawan penyakit bawaan air/ tanah yang menyerang sistem akar pokok.

Oleh itu saya selang selikan bersama penggunaan pesticide kimia seperti malathion bagi menvariasikan serangan balas serangga perosak.Di sini saya ringkaskan penggunaannya terhadap tanaman seperti yang dapat dilihat di dalam gambar.


Sayuran - tumbesaran lebih cepat, daun lebar dan bewarna hijau pekat, serangan serangga amat berkurangan sama sekali.

Misai kucing - daun lebih lebat dan hijau pekat, Berjaya menangkis serangan kutu hitam yang menyebabkan pucuk layu seperti terbakar.

Kunyit - kadar tumbesaran lebih cepat, kuantiti daun meningkat mendadak

Vanilla - tiada kesan dapat dilihat setakat ini

Lemon - Berjaya mengurangkan serangan semut hitam dipangkal buah, janin buah lebih kuat, bunga lebih banyak, daun semakin hijau kehitaman

JagungHolland - tiada serangan dikesan sejak penggunaan repella sepenuhnya

Mas cotek - kuantiti daun bertambah, tiada serangan setakat ini.

Kasturi - tiada serangan ulat hitam yang biasa menyerang pokok limau, daun lebih hijau

Jatropha - daun lebih lebar dan hijau berkilat, tiada serangan dikesan

Mangga - Saya anggap paling berjaya, tiada serangan, buah lebih lebat dan pendebungaan lebih kerap(hampir 5 kali dalam setahun)

Tebu - Baru diaplikasikan selama 2-3 bulan, tiada serangan setakat ini. Tumbesaran agak memberangsangkan.

Cara penggunaan saya adalah teknik semburan pada atas dan bawah daun serta batang dan dahan. Saya tidak mencuba terus ke tanah. Pada waktu pendebungaan adalah waktu yang paling kerap digunakan bagi mengelak telur serangga memasuki buah.
Walau bagaimana efektif racun serangga kimia di dalam pasaran sekalipun sekarang ini, saya lebih memilih untuk penggunaan secara organic-base yang mana ianya lebih selamat untuk tanaman, environment dan atmosfera kita. Perlu diingatkan kita penggunaan bahan kimia akan menyebabkan ‘residue’ yang tidak elok untuk badan kita semua suatu hari nanti.

Sekian testimoni saya tentang produk REPELLA ini.

Petani/kontraktor
Wan Hanizan
Bandar Seri Putra

Thursday, December 3, 2009

Peniaga Pasar Tani FAMA 'naik pangkat'

Kosmo semalam (2 December 2009) telah memaparkan berita tentang 'penaiktarafan' peniaga-peniaga yang ingin berniaga pasar tani sudah boleh turut menggunakan 'caravan' yang mana sangat mudah dan praktikal untuk perniagaan secara kecil-kecilan dan 'nomad' seperti pasar tani ini dijalankan.

http://www.famaxchange.org/

Buat duit dengan INTERNET...Bagaimana???

Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang sedia ada, dan jual kembali produk tersebut untuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan. Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.

Sebagai contoh, “The Four Weeks To Freedom” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://automationcart.com/jvm/s232/auth/register.html dan sekiranya anda berjaya menjual program “The Four Weeks To Freedom” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM99.50. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pemilik “The Four Weeks To Freedom”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan program “The Four Weeks To Freedom” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.

Walaubagaimanapun, memasarkan produk affiliate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.

Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini..

Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:

Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya namakan laman web “Borang Langganan”).

Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affiliate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.

Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Langgan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.

Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.

Autoresponder

Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mudah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis autoresponder percuma.

Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan diprogramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan secara automatik hasil daripada penggunaan autoresponder anda.

Blog

Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Terdapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan Wordpress yang dipasang di pelayan web anda sendiri.

Kos keseluruhan infrastruktur ialah untuk autoresponder, nama domain dan webhosting.

Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web affiliate pada masa ini lagi.

Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menambahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (database) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.

Sekali lagi saya tekankan – FOKUS kepada cara untuk mendapatkan seramai mungkin bakal pembeli anda ke dalam database autoresponder anda, dan berikut adalah cara-cara anda melakukannya.

Pemasaran Melalui Forum

Terus-terang saya katakan yang saya bencikan forum SEKIRANYA forum yang saya sertai mempunyai ramai orang yang cuma berminat untuk mempromosikan produk mereka sahaja tanpa memberikan ilmu untuk dikongsi bersama. Jadi, sebelum anda lakukan SPAM di mana-mana forum, anda perlu ingat yang tujuan forum diwujudkan ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.

Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Dan anda boleh lakukannya begini… di dalam bahagian keahlian forum yang anda sertai, ada disediakan kemudahan meletakkan ’signature file’ yang membolehkan anda meletakkan link ke sebarang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web ‘borang langganan’ anda.

Yang menariknya, untuk setiap paparan yang anda tulis di forum yang anda sertai, ’signature file’ anda akan disertakan di akhir paparan tersebut. Inilah bahagian yang anda gunakan untuk promosi produk anda. Kadang-kadang ada juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang anda sertai. Di sini juga anda boleh beriklan.

Penulisan Artikel

Sekiranya anda mahir dengan sesuatu topik, tidak menjadi masalah untuk anda menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel anda di laman web mereka.

Tapi sebelum itu, berikan syarat anda terlebih dahulu – iaitu bagi sesiapa yang ingin menggunakan artikel anda, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai anda di akhir artikel yang anda tulis tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel anda. Di dalam biografi ringkas inilah anda letakkan link ke laman web anda.

Pemberian Laporan Percuma

Selepas menulis beberapa artikel, gabungkan artikel ini dan jadikan satu laporan ringkas yang anda benarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan anda meletakkan link ke laman web anda di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.

Walaubagaimanapun, laporan percuma ini sepatutnya disimpan dalam format PDF supaya nampak lebih profesional. Sekiranya perlu, upah seseorang untuk mencipta “report cover” (kulit buku untuk laporan percuma) anda.

Ketiga-tiga kaedah promosi yang dinyatakan di atas adalah sebagai permulaan dan anda boleh juga mengaplikasikan lagi beberapa kaedah yang saya rasa tak kurang juga hebatnya di bawah:

Meninggalkan komen di blog yang mempunyai ramai pembaca, dan jangan lupa meletakkan link ke laman web anda semasa berbuat demikian.

Membeli ruang iklan di laman web orang lain seperti iklan pautan (link) atau banner.

Joint venture atau berkongsi promosi untuk memasarkan laman web masing-masing. Sebagai contoh, anda boleh membuat ulasan mengenai laman web rakan anda di blog anda dan rakan anda boleh membuat ulasan di laman web beliau. Kemudian anda dan rakan anda hantarkan ulasan yang ditulis ini ke mailing list masing-masing. Dengan cara ini, saingan anda akan menjadi rakan kongsi anda untuk kebaikan bersama.

Selepas anda melakukan kaedah pemasaran yang saya nyatakan di atas secara besar-besaran, anda sepatutnya mempunyai ramai orang di dalam senarai nama di dalam sistem autoresponder anda.

Di sinilah bermulanya promosi produk affiliate anda.

Kemaskinikan blog perniagaan anda selalu dengan informasi yang menunjukkan anda adalah pakar di dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya produk yang anda pasarkan adalah berkaitan kereta lumba, pastikan anda berikan banyak informasi mengenai kereta lumba di blog anda.

Di masa yang sama, anda boleh gunakan fungsi ‘broadcast’ (iaitu menghantar email kepada semua orang yang berada di dalam mailing list anda secara serentak) untuk memberitahu yang anda telahpun mengemaskini blog anda. Dari sinilah anda mula mempromosikan produk affiliate anda. Bagi contoh kereta lumba yang kita bincangkan di sini, anda bolehlah mempromosikan produk affiliate seperti replika kereta lumba dan poster pemandu kereta lumba.

Jangan lupa meletakkan pautan (link) ke produk affiliate di blog anda juga dan cuba gunakan fungsi ‘broadcast’ di dalam autoresponder anda untuk mengajak orang datang ke blog anda.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan sentiasa mempunyai pasaran yang tepat untuk mempromosikan produk affiliate anda. Sekiranya anda perlukan wang tunai, dan jika dilakukan dengan betul, satu email ke mailing list anda sahaja sudahpun cukup untuk mendapatkannya.

Akhir sekali, saya ingin nyatakan yang kaedah ini cuma salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan produk affiliate. Ini juga merupakan salah satu cara saya melakukannya untuk mempromosikan laman web www.ZamriNanyan.com saya. Apabila anda sudah mahir, cuba perbaiki di mana kelemahan anda dan cuba cari pelbagai lagi kaedah yang dapat menambahkan ‘pengikut’ anda ke dalam autoresponder anda.

Sumber: www.ZamriNanyan.com

Tuesday, November 24, 2009

KESAN MIKRO ORGANISMA DALAM BIDANG PENANAMAN

Jika boleh faham kelebihan dan peranan mikro organisma,
maka tidak hairanlah dengan kesan ajaibnya.

Kesan mikro organisma yang boleh kelihatan adalah seperti berikut:

1. Hasil kutipan lebih awal.
• Mikro organisma menghuraikan zat dalam bahan organic dan menukarkannya kedalam bentuk yang mudah diserap oleh akar tumbuhan seperti amino asid dan glukos yang boleh memendekkan jangka masa pematangan.

2. Melanjutkan masa kutipan hasil tanaman.
• Tumbuh-tumbuhan tanaman seperti kacang panjang, timun, terung, tomato dan lain-lain menghabiskan zat yang banyak semasa buah matang, selepas kutipan hasil ia akan berhenti bertumbuh buat seketika, dengan adanya bantuan dari mikro organisma, tumbuhan tanaman masih boleh terus manghasilkan buah sehingga hayat tamat.

3. Meningkatkan kemanisan buah.
 Mikro organisma membantu pembentukan glukos dan asid amino yang boleh meningkatkan kemanisan buah.

4. Meningkatkan produktiviti tanah.
• Mikro organisma membantu hasil tanaman masak awal dan melanjutkan masa kutipan hasil tanaman.

5. Membantu pembungaan.
• Mikro organisma tanah meningkatkan kesuburan tanah dan menyebabkan tumbuhan tumbuh dengan sihat dan cergas. Ia dapat mengeluarkan berbagai hormone yang diperlukan untuk tumbuhan berbunga.

6. Mengurangkan penyakit akar reput.
• Air hujan bertakung dalam tanah dan jika tidak dapat disalurkan dalam masa yang singkat boleh menyebabkan mikro organisma perosak dapat membiak dan mengeluarkan hydrogen sulfate yang boleh mengakibatkan akar tumbuhan menjadi reput. Mikro organisma tanah boleh menggunakan hydrogen sulfate, karbon dioksida dan air dengan menukarkannya ke bentuk gula dan belerang yang boleh mengurangkan reput akar.

7. Mengurangkan bau busuk.
• Mikro organisma boleh menukarkan bentuk gas ammonia yang berbau kuat kepada bentuk garam nitrat yang tidak berbau kuat kepada bentuk garam nitrat yang tidak berbau dan membekalkan baja nitrogen kepada tumbuhan.

8. Menggemburkan tanah.
• Mikro organisma boleh menghasilkan bendalir dan gas yang boleh mengubah struktur tanah yang keras jadi gembur.

9. Mengurangkan penggunaan racun mencegah makhluk perosak.
• Kebanyakan mikro organisma berfaedah mempunyai keupayaan mencegah mikro organisma pembawa penyakit, menghuraikan bahan organic supaya tidak reput dan bau busuk yang menjadi sumber makanan serangga perosak, oleh yang demikian serangga perosak dan mikro organisma pembawa penyakit kehilangan sumber makanan.

10. Mengurangkan penggunaan baja kimia.
• Mikro organisma berlainan mempunyai peranan tertentu seperti menyerap nitrogen dari udara, melarut fosforus dalam tanah, menghurai bahan organic dan menukar ke bentuk yang mudah diserap oleh akar tumbuhan, dengan peranan yang demikian penggunaan baja kimia boleh dikurangkan dan menjimatkan perbelanjaan baja.

11. Meningkat peratusbiji benih bercambah.
• Enzim yang dikeluarkan oleh mikro organisma memainkan peranan dalam pencambahan biji benih, ia meningkatkan peratusan cambah dan rintangan penyakit.

12. Menambah hasil tanaman dan pendapatan.
• Mikro organisma membekal zat dan hormone dari proses penghuraian bahan organic kepada tumbuhan tanaman, meningkatkan hasil keluaran dan mengurangkan pergantungan kepada baja kimin dan racun mencegah makhluk perosak dengan cara ini kos pengeluaran boleh diturunkan dan hasil pendapatan meningkat.

PENGGUNAAN MIKRO ORGANISMA DALAM PEMULIHAN TANAH YANG ROSAK

Tanah yang rosak jika tidak dapat dipulihkan maka semua kerja yang telah dibuat seperti pembajaan akan jadi kerja sia-sia. Penggunaan produk adalah satunya produk yang boleh memulihkan tanah dengan berkesan, ia mempunyai keistimewaan sedemikian:
1. Bilangan mikro organisma yang banyak mempercepatkan penghuraian bahan organic dalam tanah bertukar kepada bentuk garam yang boleh diserap oleh akar tumbuhan, mengatasi masalah kekurangan bahan organic dalam tanah.
2. Kumpulan mikro organisma yang berfaedah seperti “ Nitrogen Fixing Series” boleh menyerap gas nitrogen dalam udara, meningkatkan kandungan jisim nitrogen dalam tanah, begitu juga seperti kumpulan “Phosphoric asid release series” boleh meningkatkan kandungan fosforus dalam tanah.
3. Mikro organisma yang berfaedah boleh menghuraikan toksid dalam tanah menentang pembiakan mikro organisma pembawa penyakit, mencegah penyakit tumbuhan merebak dan pembiakan serangga perosak.
4. Mengimbang bacaan pH dalam tanah ini boleh meningkatkan kesan penyerapan zat baja oleh tumbuhan.
5. Penggunaan dalam penanaman secara organic boleh meningkatkan kesan baja organic, membantu penambahan hasil keluaran yang bermutu tinggi.
6. Produk yang mengandungi bilangan mikro organisma yang banyak,(seperti BIO INDAH ORGANIC SOIL TREATMENT-BIOST) dapat memulihkan keadaan tanah yang rosak dengan lebih berkesan, mencapai taraf penanaman secara organic dengan lancar.


                                  http://www.biost2u.com.my/



Monday, November 23, 2009

Bermula dengan minat...

Beliau telah bertugas selama 23 tahun di Bahagian Pengembangan Pertanian. Sebagai tambahan, beliau telah berkerjasama dengan Yayasan Sosial Tani Membangun Indonesia yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Beliau telah menyumbangkan bahan-bahan tulisan dan maklumat pertanian, mengedar bahan-bahan bacaan pertanian termasuk buku-buku, majalah-majalah pertanian, produk-produk pertanian dari Indonesia ke Malaysia. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pertanian ini, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara secara pilihan pada tahun 1996 untuk mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan dan pengalaman beliau kepada bidang keusahawan, sehingga kini. Kini, kejayaannya sudah hampir terbukti dengan hasil penemuan suatu produk yang berpotensi untuk dimaju dan dikomersilkan; BIO INDAH ORGANIC SOIL TREATMENT (BIOST).

Kenali MOHAMAD BIN AZODDIN