THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
*/ /* Use this with templates/template-twocol.html */ body { background:$bgcolor; background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Chic%20Pink/Background.jpg);background-repeat:repeat-xy; margin:0; color:$textcolor; font:x-small Georgia Serif; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; text-align: center; } a:link { color:$linkcolor; text-decoration:none; } a:visited { color:$visitedlinkcolor; text-decoration:none; } a:hover { color:$titlecolor; text-decoration:underline; } a img { border-width:0; } /* Header ----------------------------------------------- */ #header-wrapper { background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Chic%20Pink/black.jpg);background-repeat:repeat-xy; width:860px; margin:30px auto 30px; border:4px solid $bordercolor; } #header-inner { background-position: center; margin-left: auto; margin-right: auto; } #header { background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/Fruit%20Loops/white.jpg);background-repeat:repeat-xy; margin: 35px; border: 6px solid $bordercolor; text-align: center; color:$pagetitlecolor; } #header h1 { margin:15px 5px 0; padding:15px 20px .25em; line-height:1.2em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; font: $pagetitlefont; } #header a { color:$pagetitlecolor; text-decoration:none; } #header a:hover { color:$pagetitlecolor; } #header .description { margin:0 5px 5px; padding:0 20px 15px; max-width:700px; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; line-height: 1.4em; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } #header img { margin-left: auto; margin-right: auto; } /* Outer-Wrapper ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper {background-image:url(http://i231.photobucket.com/albums/ee180/juliewuliee/Lauren/Free%20Layouts/GreenaDots/main-1.jpg);background-repeat:repeat; width: 920px; margin:0 auto; padding:10px; text-align:Left; font: $bodyfont; border:5px solid $bordercolor; } #main-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 500px; margin-right: 10px; float: right; border:px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 190px; margin-right: 0px; float: left; border-right:2px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #newsidebar-wrapper {background-image:url();background-repeat:repeat;margin:0; width: 190px; margin-left: 0px; float: right; border-left:2px solid $bordercolor; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } /* Headings ----------------------------------------------- */ h2 { margin:1.5em 0 .75em; font:$headerfont; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; color:$sidebarcolor; } /* Posts ----------------------------------------------- */ h2.date-header { margin:1.5em 0 .5em; } .post { margin:.5em 1.5em 1.5em; border-bottom:1px dotted $bordercolor; padding-bottom:1.5em; } .post h3 { margin:.25em 0 0; padding:0 0 4px; font-size:140%; font-weight:normal; line-height:1.4em; color:$titlecolor; } .post h3 a, .post h3 a:visited, .post h3 strong { display:block; text-decoration:none; color:$titlecolor; font-weight:normal; } .post h3 strong, .post h3 a:hover { color:$textcolor; } .post p { margin:0 0 .75em; line-height:1.6em; } .post-footer { margin: .75em 0; color:$sidebarcolor; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: $postfooterfont; line-height: 1.4em; } .comment-link { margin-left:.6em; } .post img { padding:0px; border:1px solid $bordercolor; } .post blockquote { margin:1em 20px; } .post blockquote p { margin:.75em 0; } /* Comments ----------------------------------------------- */ #comments h4 { margin:1em 0; font-weight: bold; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; color: $sidebarcolor; } #comments-block { margin:1em 0 1.5em; line-height:1.6em; } #comments-block .comment-author { margin:.5em 0; } #comments-block .comment-body { margin:.25em 0 0; } #comments-block .comment-footer { margin:-.25em 0 2em; line-height: 1.4em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; } #comments-block .comment-body p { margin:0 0 .75em; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } #blog-pager-newer-link { float: left; } #blog-pager-older-link { float: right; } #blog-pager { text-align: center; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; } /* Sidebar Content ----------------------------------------------- */ .sidebar { color: $sidebartextcolor; line-height: 1.5em; } .sidebar ul { list-style:none; margin:0 0 0; padding:0 0 0; } .sidebar li { margin:0; padding:0 0 .25em 15px; text-indent:-15px; line-height:1.5em; } .sidebar .widget, .main .widget { border-bottom:1px dotted $bordercolor; margin:2.5em .5em 1.5em; padding:0 0 1.5em; } .main .Blog { border-bottom-width: 0; } /* Profile ----------------------------------------------- */ .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 4px; border: 1px solid $bordercolor; } .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: $postfooterfont; color: $sidebarcolor; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: $postfooterfont; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #header { margin-left: 0px; margin-right: 0px; } body#layout #outer-wrapper, body#layout #header-wrapper, body#layout #footer { width: 750px; padding: 0px; } body#layout #main-wrapper { width: 400px; margin-left: 20px; } body#layout #sidebar-wrapper, body#layout #newsidebar-wrapper { width: 150px; } .bloggerPyBar { background-color:#ffffff; color:#000000; font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size:15px; text-align:left; font-weigth:bold; padding:2px 2px 2px 6px;} .bloggerPyBar a {color:#114477;} .pylogo {float:right;padding-right:9px;} ]]> CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 26, 2010

TIPs: Mengindahkan Rumah/Balkoni dengan Pokok Gantungan

Salam 1 Malaysia,

Kali ini  saya ingin berkongsi dengan anda tips-tips atau kaedah yang mudah dan baik untuk menyelenggara tanaman gantungan sekiranya anda mempunyai ruang halaman yang sempit seperti balkoni bagi yang tinggal di apartment atau rumah pangsa.

Salah satu jenis pokok yang
sesuai sebagai gantungan


Contoh pokok gantungan yang menggunakan
tali plastik yang tidak mudah reput


1- Gunakan pasu yang ringan dan mudah dialih kerana pokok erlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya sekali sekali seminggu.

2-Gantungkan pokok gantungan yang berdaun lebat pada cahaya matahari sekurang-kurangnya 3 jam sehari (pagi/petang)

3-Pastikan kedudukan pokok yang digantung melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkannya disiram, dibaja dan diselenggara seperi pemangkasan pada bahagian yang berjuntai atau mati.

4-Pokok-pokok yang digantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Sebaik-baiknya siram 2 kali sehari.

5-Pokok-pokok gantungan biasanya bersifat 'lembut' dan perlukan tanah yang sesuai ketika menanamnya dan penggunaan baja kimia adalah tidak digalakkan.

***Untuk kesan yang terbaik gunakan tanah biasa (boleh didapati di pasaraya/nursery pokok) dan dicampur/digaul dengan penyubur tanah BIOST (Organik Soil Treatment) untuk memastikan tanahnya sentiasa sihat, tahan daripada penyakit dan lebih subur.

Note: Baja BIOST terbukti berkesan & sangat mudah serta selamat digunakan - tidak memudaratkan tanaman sekiranya diguna berlebihan dan sesuai digunakan untuk sebarang jenis tumbuhan.

*** Hubungi 012-4117488019-4772388 untuk mendapatkan baja BIOST (sms sahaja)

Friday, April 23, 2010

TIPS: Mudahnya... Nak Memiliki Taman !!

Salam 1 Malaysia....

Suka saya nak bagi tips-tips atau langkah-langkah ringkas yang boleh dilakukan oleh semua peminat-peminat aktiviti menanam pokok. Terutama anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk menyelenggara tanaman anda dirumah..

1) Gunakan pasu yang ringan & mudah dialih kerana pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya sekali seminggu - bermakna, sekiranya anda ada meletakkan pokok-pokok atau bungaan hidup sebagai hiasan di dalam rumah elok dikeluarkannya selama 1 hari bagi membolehkannya mendapatkan sumber makanan daripada matahari.

2) Gunakan spesies yang mudah diselenggarakan seperti Pokok Buluh atau Palma yang tidak memerlukan ruang yg luas, kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah hidup di dalam pasu.

Pokok Draceana Dan Pokok Palma Kuning ini adalah contoh jenis pokok yang agak 'lasak' dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit


3)Jangan hadkan jenis tanaman yang ditanam dalam pasu. Gunakan kreativiti anda supaya ia kelihatan cantik.

4)Pembajaan yang teratur membolehkan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk membantu pertumbuhan dan gunakan baja yang disyorkan oleh pakar yang berpengalaman serta diyakini.


5) Seboleh-bolehnya elakkan baja yang mengandungi kimia yang tinggi. Contohnya baja NPK (berwarna hijau untuk daun, merah untuk bunga dan biru untuk buah) yang mana lama kelamaan akan menjadikan tanah cepat keras dan lambat untuk menyerap nutrient.

6)Untuk memastikan tanah sentiasa 'sihat' dan tidak 'mati' (keras) penggunakan baja-baja berasaskan organik amatlah digalakkan terutamanya untuk tanaman yang boleh dimakan seperti sayur-sayuran atau ulam-ulaman/herba

6)Perlu diketahui bahawa, tidak seperti baja yang berasaskan organik ...baja-baja kimia sebenarnya tidak boleh digunakan melebihi sukatan yang disyorkan dan ia tidak digalakkan mengenai akar pokok kerana bersifat 'panas'.

Thursday, April 22, 2010

Kempen Menghijaukan Bumi

Sasaran Tanam 26 juta Pokok Usaha Kerajaan Tangani Krisis Iklim


Untuk menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan.
 
Bagaimanapun untuk berada dalam suasana alam sekitar bersih dan selamat, masyarakat perlu bersatu padu berusaha melestarikannya. Bagi memastikan rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana kehijauan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan kempen ‘Menanam 26 Juta Pokok’ yang bertemakan ‘Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok’.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, berkata kempen ini memilih untuk menanam 26 juta pokok kerana ia bersamaan dengan jumlah penduduk Malaysia masa kini.

“Untuk melaksanakan kempen penanaman pokok ini, kita menggunakan slogan ‘Satu Warga Satu Pokok’ dan ia selari dengan slogan 1Malaysia. Adalah menjadi keperluan buat kita untuk menanam pokok di seluruh negara.

“Bagi melaksanakannya kita menganggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan berkurangan, kawasan hutan sudah dibalak dan kawasan pesisiran pantai negara akan ditanam di bawah kempen ini menjelang 2014” katanya.

Douglas berkata, Putrajaya juga menjadi kawasan tumpuan untuk kempen ini kerana banyak kawasan lapang yang masih belum ditanam dengan pokok di situ.

Untuk melaksanakan kempen ini, ia akan diagih-agihkan supaya setiap negeri memainkan peranan masing-masing untuk memulihkan kawasan hutan yang semakin merosot bagi memastikan 60 peratus daripada keluasan tanah di Malaysia diliputi hutan.

Hingga kini, Malaysia hanya diliputi 56.4 peratus kawasan berhutan, walaupun angka itu dilihat besar, apatah lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Persidangan Rio pada 1992, meletakkan komitmen sebanyak 50 peratus kawasan Malaysia diliputi hutan, tetapi kerajaan memikirkan adalah wajar kawasan hutan di negara ini berada dalam lingkungan 60 peratus.

Justeru, kempen yang dilancarkan ini adalah komitmen kerajaan bagi menangani isu perubahan iklim.

Berhubung jenis pokok yang ditanam sempena kempen ini, Douglas berkata, pokok dipilih mengikut kesesuaian tanah supaya pokok berkenaan dapat tumbuh dengan baik bagi mencapai sasaran penanaman 26 juta pokok.

Berdasarkan pengalamannya mengendalikan program tanaman pokok, kadangkala pokok tidak sesuai dengan tanah menyebabkan kadar pertumbuhannya rendah.

Justeru, tanggungjawab diberikan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak bagi membantu mengenal pasti pokok sesuai ditanam di tempat tertentu.

Sehubungan itu, dengan memberi fokus kepada pokok sesuai dengan tanah, diharapkan kadar pokok yang hidup adalah tinggi iaitu di sekitar 70 peratus.

Proses penanaman pokok itu mengambil masa lima tahun dan akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh berkenaan di seluruh negara, manakala pemantauannya akan dilakukan Jabatan Perhutanan.

Usaha untuk menanam 26 juta pokok ini bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April.

Pelancaran kempen ini juga selari dengan ‘Program Penghijauan Wilayah Persekutuan’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pelancaran kempen menanam 26 juta pokok akan diadakan di Presint 5, Putrajaya membabitkan kawasan seluas 10 ekar iaitu sebuah kawasan lapang berdepan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis pelancaran penanam 26 juta pokok dilancar serentak di seluruh negara dengan 500 pokok ditanam di Putrajaya.
Jumlah pokok yang ditanam seluruh negara pada majlis pelancaran yang diadakan serentak itu adalah 16,200 pokok dan penanaman seterusnya akan dijalankan secara berperingkat untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 26 juta pokok menjelang akhir kempen berkenaan.

Kempen menanam 26 juta pokok bersempena Sambutan Hari Bumi ini disambut bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah dihadapi oleh bumi. Kesedaran ini diperlukan untuk menyelamatkan bumi supaya kehidupan bumi tidak mengalami kepupusan.

Walaupun usia bumi dianggarkan 3.8 bilion tahun, namun sambutan diadakan pada tahun ini adalah untuk ulang tahun ke-40.

Ekosistem yang tidak stabil menjadikan cuaca yang tidak menentu sekali gus mengakibatkan bumi berdepan kejadian bencana alam dan ancaman keselamatan dan kesihatan manusia yang menurut World Health Organisation (WHO), perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.

Selain sambutan Hari Bumi Sedunia, majlis ini diadakan sempena ‘Tahun Biodiversiti Antarabangsa’ dengan tujuan utama untuk melaksanakan program dan aktiviti yang memberikan pendedahan kepada masyarakat berhubung kepentingan biodiversiti dan tanggungjawab untuk mengurus dan memulihara biodiversiti.

Kepelbagaian biologi atau biodiversiti di negara mega diversiti merangkumi lebih 60 peratus daripada spesies yang diketahui di dunia.

Menyedari kepentingan kerjasama sedunia di dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, pemimpin dunia menandatangani Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity-CDB) pada 1992 ketika Earth Summit, Rio de Janeiro, Brazil.

Persidangan CBD ke-7 yang berlangsung di Malaysia pada 2004, menetapkan 2010 sebagai sasaran penurunan di dalam kehilangan sumber biologi. Selaras dengan itu juga, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Biodiversiti Antarabangsa (International Year Of Biodiversity 2010).

Sehubungan itu, dengan penganjuran pelbagai aktiviti di seluruh negara pada tahun ini, diharapkan masyarakat Malaysia dapat bekerjasama bagi menjamin masa depan berkekalan untuk generasi akan datang.
 
Sumber: Berita Harian (22/04/2010)

Tuesday, April 20, 2010

Menjadi Usahawan Tani Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah

Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian berubah.

Daripada pertanian untuk sara diri, bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal.

Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pelabur dan pengusaha.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” - (Surah al-Mulk, ayat 15)
Besarnya faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah fardu kifayah kerana ia bukan saja untuk kepentingan agama tetapi memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (Maha) adalah selari tuntutan fardu kifayah. Malaysia sebuah negara bertuah kerana mempunyai tanah pertanian subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan makanan kepada penduduknya. Sumber itu bukan saja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi di eksport ke luar negara.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun.

Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian dimurkai Allah kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat diberikan.



Nabi SAW menekankan dalam sabdanya mengenai perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu saja.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis itu, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Justeru, umat Islam diseru supaya memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai sumber perniagaan kerana nyata memberi keuntungan, manfaat kepada manusia sejagat dan memperluaskan pengeluaran makanan halal dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” (Surah Al-Maidah, ayat 88)


Sumber - Laman khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, April 19, 2010

BERKEBUN DI RUMAH??? Tidak mustahil…Mulakan dengan penanaman sayur.

Umumnya kebanyakan petani di Malaysia lebih dikenali sebagai petani konvensional. Mereka mengusahakan penanaman dengan bergantung kepada penggunaan bahan kimia sintetik dan pelbagai jenis racun perosak yang digunakan secara intensif untuk meningkatkan hasil tuaian.

Gangguan Hama, serangga perosak & penyakit tanaman menyebabkan penggunaannya semakin meningkat. Kebanyakan bahan kimia ini akan bertindak aktif dlm jangkamasa yang panjang sehingga menyebabkan hasil tanaman tersebut tidak berkhasiat kepada pengguna mahupun persekitarannya.


Misalnya petani tomato harus melakukan penyemburan racun serangga hamper 3 kali sehari & melakukan pembajaan dengan menggunakan baja kimia dlm sukatan yg tinggi agar tanamannya tumbuh subur, berbuah lebat serta bebas dari serangan penyakit.

Untuk memastikan sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi hijau tumbuh lebih subur mempunyai penampilan menarik serta bebas dari serangan penyakit, ia perlu melalui program pembajaan intensif & penyemburan racun perosak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Melalui semua program ini, dapat dibayangkan sayur-sayuran yg dihasilkan mengandungi residu bahan kimia (sisa bahan kimia yang terdapat dlm baja dan racun perosak) dlm jumlah yg sangat tinggi sehingga membolehkan kesan negative kepada pengguna yang memakannya.

Pokok Ulam Pegaga yang cuma ditanam di dalam sebuah takungan
menggunakan cuma air dan baja Bio Indah Soil Treatment (BIOST) sahaja. Sihat kan?

Jadi… amalan penanaman organik haruslah dimulakan dari sekarang dan anda sendiri boleh lakukannya di rumah..


Bagaimana….??


   SEGAR.....sayur yang ditanam secara organik

 
Nantikan entri yang seterusnya dan teruskan mengunjungi blog ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tips-tips yg boleh dijadikan panduan untuk dikongsikan bersama…









Sunday, April 18, 2010

USAHAWAN TANI...boleh bermula dari sini

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan mula mewujudkan pelbagai program berkenaan keusahawanan dalam bidang pertanian. Program-program ekspo seperti Ekspo Industri Asas Tani (IAT) dan Ekspo Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan serta MAHA sudah semestinya memberi sumbangan yang besar kepada industri pertanian yang suatu ketika dahulu pernah dipandang 'remeh' oleh segelintir masyarakat. Apabila program-program sebegini dijalankan secara tak langsung martabat bidang pertanian telah mula diangkat sebagai salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pendapatan kasar negara.


Pada awal pembabitan saya dalam bidang pemasaran produk-produk pertanian, saya selalu juga dijemput untuk menyertai program-program sebegini anjuran pelbagai agensi kerajaan khususnya MeCD - Dahulunya Kementerian Usahawan Dan Koperasi (sekarang dah dibubarkan) dan Kementerian Pertanian(MOA) .
Klik di sini


Banyak manfaat sebenarnya yang boleh didapati daripada program-program sebegini..kerana rata-rata peserta pameran yang datang masing-masing mengadakan pelbagai tawaran dan pertunjukan berkenaan produk mereka.




Jadi, sekiranya anda sangat berminat dengan bidang-bidang yang berkaitan seboleh-bolehnya rajin-rajinkan lah luangkan masa ke program-program seumpama ini sekiranya anda ingin mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan berkongsi pengalaman untuk dijadikan panduan di masa hadapan dalam aktiviti atau perniagaan yang bakal anda ceburi.

Saturday, April 17, 2010

LET'S GREEN OUR EARTH .. HIJAUKAN BUMI KITA ..

Hari ni saya nak menyentuh sikit mengenai keprihatinan kita sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar. Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari kat newspaper banyak sangat..kejadian-kejadian yang berpunca daripada kelalaian manusia menjaga alam sekitar.. terutamanya pasal 'global warming' atau pemanasan global ni..

Gempa bumi lah.. banjir lumpur.. dan sebagainya yang terbaru ni di negara China. Semua ni adakalanya secara tak langsung macam bumi ni nak bagi 'warning' pada kita..

                                                                 Elakkan tragedi ni....
So.. suka saya nak seru kepada semua pengunjung & pembaca blog ini.. ringan-ringankanlah tulang untuk membantu 'bumi' kita agar dapat 'bernafas' dengan lebih lama lagi.. kalau tak untuk kita pon.. tapi 'melaburlah' untuk masa depan  anak@cucu@cicit dan generasi kita nanti..

So.. kepada kawan-kawan yang mana suka membela anak ikan.. ikan emas tu.. ;) tak pun yang suka sangat membelai kucing ka.. iguana ka.. pasni cubalah belajar-belajar pula mebelai pokok ke pulak..

Ala..pokok ni tak semestinya yang besaq2 (kata org utara) mcm kt tepi jalan tu.. sebagai permulaan tak perlulah sampai nak kena beli tanah utk bercucuk tanam.. cukuplah kalau dimulakan dengan sepasu pokok yang menghijau .. contohnya macam pokok 'moneyplant' yang mudah nak maintain...

Pokok-pokok macamni ..kalau disiram dan dibaja dengan secukupnya InsyaAllah.. memang subur dan cantik daunnya..hijau & berkilat.. Tapi.. kalau nak tau lebih lanjut macamana cara penjagaan yanh paling mudah untuk pokok-pokok jenis ni...saya akan post kan dalam entri-entri selepas ini ok.. InsyaAllah.. :)

Friday, April 16, 2010

Blog ini akan "di update" dengan info-info yang lebih menarik...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Terima kasih kerana telah mengunjugi blog saya ini untuk berkongsi tips-tips dan serba sedikit pengalaman yang ada sebagai seorang usahawan di bidang pertanian. Dengan ilmu yang tidak seberapa di dada ini, saya akan cuba kongsikan dengan anda semua sebaik yang mungkin. Saya berharap anda juga akan sudi berkongsi pendapat atau memberi cadangan-cadangan yang bernas yang turut boleh dikongsikan bersama-sama pengunjung di blog ini.. InsyaAllah..

Untuk pengetahuan anda, saya sudah agak lama tidak meng'update'kan blog ini kerana agak sibuk dengan urusan perniagaan dan tambahan pula saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah .. Alhamdulillah.

Jadi, mulai sekarang saya akan cuba meluangkan lebih masa untuk mengaktifkan kembali blog ini dan cuba memberikan informasi yang terkini dan lebih banyak mengenai dunia pertanian dan perniagaan secara kecil-kecilan.. InsyaAllah..

Oleh itu, harapan saya agar anda semua teruslah memberikan sokongan dan sentiasa menjenguk-jenguk blog ini agar boleh mendapatkan semua maklumat terbaru.

Terima Kasih.