Salam 1 Malaysia,
PERTANIAN PERLU DIJADIKAN SUATU AMALAN SEBELUM DIUSAHAKAN MENJADI SUATU PERNIAGAAN...
Salam 1 Malaysia,
Posted by mohamad "biost" at 11:46 PM 0 comments
Salam 1 Malaysia....
Suka saya nak bagi tips-tips atau langkah-langkah ringkas yang boleh dilakukan oleh semua peminat-peminat aktiviti menanam pokok. Terutama anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk menyelenggara tanaman anda dirumah..
1) Gunakan pasu yang ringan & mudah dialih kerana pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya sekali seminggu - bermakna, sekiranya anda ada meletakkan pokok-pokok atau bungaan hidup sebagai hiasan di dalam rumah elok dikeluarkannya selama 1 hari bagi membolehkannya mendapatkan sumber makanan daripada matahari.
2) Gunakan spesies yang mudah diselenggarakan seperti Pokok Buluh atau Palma yang tidak memerlukan ruang yg luas, kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah hidup di dalam pasu.
Posted by mohamad "biost" at 1:03 AM 0 comments
Sasaran Tanam 26 juta Pokok Usaha Kerajaan Tangani Krisis Iklim
Posted by mohamad "biost" at 12:51 AM 0 comments
Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian berubah.
Daripada pertanian untuk sara diri, bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal.
Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pelabur dan pengusaha.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” - (Surah al-Mulk, ayat 15)
Besarnya faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah fardu kifayah kerana ia bukan saja untuk kepentingan agama tetapi memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (Maha) adalah selari tuntutan fardu kifayah. Malaysia sebuah negara bertuah kerana mempunyai tanah pertanian subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan makanan kepada penduduknya. Sumber itu bukan saja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi di eksport ke luar negara.
Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun.
Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian dimurkai Allah kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat diberikan.
Posted by mohamad "biost" at 9:07 AM 0 comments
Umumnya kebanyakan petani di Malaysia lebih dikenali sebagai petani konvensional. Mereka mengusahakan penanaman dengan bergantung kepada penggunaan bahan kimia sintetik dan pelbagai jenis racun perosak yang digunakan secara intensif untuk meningkatkan hasil tuaian.
Gangguan Hama, serangga perosak & penyakit tanaman menyebabkan penggunaannya semakin meningkat. Kebanyakan bahan kimia ini akan bertindak aktif dlm jangkamasa yang panjang sehingga menyebabkan hasil tanaman tersebut tidak berkhasiat kepada pengguna mahupun persekitarannya.
Misalnya petani tomato harus melakukan penyemburan racun serangga hamper 3 kali sehari & melakukan pembajaan dengan menggunakan baja kimia dlm sukatan yg tinggi agar tanamannya tumbuh subur, berbuah lebat serta bebas dari serangan penyakit.
Untuk memastikan sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi hijau tumbuh lebih subur mempunyai penampilan menarik serta bebas dari serangan penyakit, ia perlu melalui program pembajaan intensif & penyemburan racun perosak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Melalui semua program ini, dapat dibayangkan sayur-sayuran yg dihasilkan mengandungi residu bahan kimia (sisa bahan kimia yang terdapat dlm baja dan racun perosak) dlm jumlah yg sangat tinggi sehingga membolehkan kesan negative kepada pengguna yang memakannya.
Posted by mohamad "biost" at 2:08 AM 0 comments
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan mula mewujudkan pelbagai program berkenaan keusahawanan dalam bidang pertanian. Program-program ekspo seperti Ekspo Industri Asas Tani (IAT) dan Ekspo Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan serta MAHA sudah semestinya memberi sumbangan yang besar kepada industri pertanian yang suatu ketika dahulu pernah dipandang 'remeh' oleh segelintir masyarakat. Apabila program-program sebegini dijalankan secara tak langsung martabat bidang pertanian telah mula diangkat sebagai salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pendapatan kasar negara.
Pada awal pembabitan saya dalam bidang pemasaran produk-produk pertanian, saya selalu juga dijemput untuk menyertai program-program sebegini anjuran pelbagai agensi kerajaan khususnya MeCD - Dahulunya Kementerian Usahawan Dan Koperasi (sekarang dah dibubarkan) dan Kementerian Pertanian(MOA) .
Klik di sini
Banyak manfaat sebenarnya yang boleh didapati daripada program-program sebegini..kerana rata-rata peserta pameran yang datang masing-masing mengadakan pelbagai tawaran dan pertunjukan berkenaan produk mereka.
Posted by mohamad "biost" at 9:09 AM 0 comments
Hari ni saya nak menyentuh sikit mengenai keprihatinan kita sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar. Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari kat newspaper banyak sangat..kejadian-kejadian yang berpunca daripada kelalaian manusia menjaga alam sekitar.. terutamanya pasal 'global warming' atau pemanasan global ni..
Gempa bumi lah.. banjir lumpur.. dan sebagainya yang terbaru ni di negara China. Semua ni adakalanya secara tak langsung macam bumi ni nak bagi 'warning' pada kita..
Posted by mohamad "biost" at 11:27 AM 0 comments
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Terima kasih kerana telah mengunjugi blog saya ini untuk berkongsi tips-tips dan serba sedikit pengalaman yang ada sebagai seorang usahawan di bidang pertanian. Dengan ilmu yang tidak seberapa di dada ini, saya akan cuba kongsikan dengan anda semua sebaik yang mungkin. Saya berharap anda juga akan sudi berkongsi pendapat atau memberi cadangan-cadangan yang bernas yang turut boleh dikongsikan bersama-sama pengunjung di blog ini.. InsyaAllah..
Untuk pengetahuan anda, saya sudah agak lama tidak meng'update'kan blog ini kerana agak sibuk dengan urusan perniagaan dan tambahan pula saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah .. Alhamdulillah.
Jadi, mulai sekarang saya akan cuba meluangkan lebih masa untuk mengaktifkan kembali blog ini dan cuba memberikan informasi yang terkini dan lebih banyak mengenai dunia pertanian dan perniagaan secara kecil-kecilan.. InsyaAllah..
Oleh itu, harapan saya agar anda semua teruslah memberikan sokongan dan sentiasa menjenguk-jenguk blog ini agar boleh mendapatkan semua maklumat terbaru.
Terima Kasih.
Posted by mohamad "biost" at 8:45 PM 1 comments