Umumnya kebanyakan petani di Malaysia lebih dikenali sebagai petani konvensional. Mereka mengusahakan penanaman dengan bergantung kepada penggunaan bahan kimia sintetik dan pelbagai jenis racun perosak yang digunakan secara intensif untuk meningkatkan hasil tuaian.
Gangguan Hama, serangga perosak & penyakit tanaman menyebabkan penggunaannya semakin meningkat. Kebanyakan bahan kimia ini akan bertindak aktif dlm jangkamasa yang panjang sehingga menyebabkan hasil tanaman tersebut tidak berkhasiat kepada pengguna mahupun persekitarannya.
Misalnya petani tomato harus melakukan penyemburan racun serangga hamper 3 kali sehari & melakukan pembajaan dengan menggunakan baja kimia dlm sukatan yg tinggi agar tanamannya tumbuh subur, berbuah lebat serta bebas dari serangan penyakit.
Untuk memastikan sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi hijau tumbuh lebih subur mempunyai penampilan menarik serta bebas dari serangan penyakit, ia perlu melalui program pembajaan intensif & penyemburan racun perosak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Melalui semua program ini, dapat dibayangkan sayur-sayuran yg dihasilkan mengandungi residu bahan kimia (sisa bahan kimia yang terdapat dlm baja dan racun perosak) dlm jumlah yg sangat tinggi sehingga membolehkan kesan negative kepada pengguna yang memakannya.
Jadi… amalan penanaman organik haruslah dimulakan dari sekarang dan anda sendiri boleh lakukannya di rumah..
Bagaimana….??
SEGAR.....sayur yang ditanam secara organik
Nantikan entri yang seterusnya dan teruskan mengunjungi blog ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tips-tips yg boleh dijadikan panduan untuk dikongsikan bersama…
0 comments:
Post a Comment