Hari ni saya nak menyentuh sikit mengenai keprihatinan kita sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar. Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari kat newspaper banyak sangat..kejadian-kejadian yang berpunca daripada kelalaian manusia menjaga alam sekitar.. terutamanya pasal 'global warming' atau pemanasan global ni..
Gempa bumi lah.. banjir lumpur.. dan sebagainya yang terbaru ni di negara China. Semua ni adakalanya secara tak langsung macam bumi ni nak bagi 'warning' pada kita..
So.. suka saya nak seru kepada semua pengunjung & pembaca blog ini.. ringan-ringankanlah tulang untuk membantu 'bumi' kita agar dapat 'bernafas' dengan lebih lama lagi.. kalau tak untuk kita pon.. tapi 'melaburlah' untuk masa depan anak@cucu@cicit dan generasi kita nanti..
So.. kepada kawan-kawan yang mana suka membela anak ikan.. ikan emas tu.. ;) tak pun yang suka sangat membelai kucing ka.. iguana ka.. pasni cubalah belajar-belajar pula mebelai pokok ke pulak..
Ala..pokok ni tak semestinya yang besaq2 (kata org utara) mcm kt tepi jalan tu.. sebagai permulaan tak perlulah sampai nak kena beli tanah utk bercucuk tanam.. cukuplah kalau dimulakan dengan sepasu pokok yang menghijau .. contohnya macam pokok 'moneyplant' yang mudah nak maintain...
Pokok-pokok macamni ..kalau disiram dan dibaja dengan secukupnya InsyaAllah.. memang subur dan cantik daunnya..hijau & berkilat.. Tapi.. kalau nak tau lebih lanjut macamana cara penjagaan yanh paling mudah untuk pokok-pokok jenis ni...saya akan post kan dalam entri-entri selepas ini ok.. InsyaAllah.. :)
0 comments:
Post a Comment